FREE service provided by MusicWebTown.com



<< January 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Friday, January 11, 2008
supernatural

"Supernatural" merupakan diantara rancangan kesukaan aku yang aku takan miss untuk tonton . kali ini rancangan ni muncul lagi buat musim kedua di TV3!.  jangan lupa saksikan siri Supernatural musim ke-2 ini pada setiap Ahad, 10.00 malam hanya di TV3 bermula 20 Januari ini. Selamat Menonton!

SEJAK kebelakangan ini, semakin banyak kisah-kisah misteri yang melibatkan manusia biasa dan kuasa ghaib dipertontonkan kepada umum.

Kisah-kisah ini berjaya meraih perhatian penonton untuk terus mengikuti perkembangan siri tersebut setiap minggu.

Padelecki pernah membintangi siri Gilmore Girls di TV3

Di atas kejayaan Supernatural musim pertama, Supernatural musim kedua yang memaparkan Jared Padelecki sebagai Sam dan Jensen Ackles sebagai Dean, dua beradik yang memburu kuasa jahat yang telah memusnahkan keluarga mereka kembali lagi menemui penonton setia TV3 bermula 20 Januari ini, Ahad pada jam 10 malam.

Siri ini mengisahkan Sam (Padelecki) dan Dean (Ackles) yang telah kehilangan ibu mereka akibat terbunuh dalam keadaan penuh misteri sejak 22 tahun yang lalu.

Semenjak itu, bapa mereka, John (Jeffrey Dean Morgan) membesarkan dua beradik wira ini berbekalkan penahanan dari segi mental dan fizikal.

John membuka minda dan mata mereka tentang wujudnya kuasa syaitan luar biasa yang tinggal di sudut-sudut gelap dan di sebalik jalan di Amerika serta cara-cara membunuh makhluk-makhluk halus itu.

Sam yang membawa diri sejak tamat sekolah sebaliknya tidak mahu terjebak dengan kehidupan yang kejam dan berbahaya ini sehinggalah pada suatu hari, Dean muncul di depan pintu rumahnya dan membawa berita yang membimbangkan.

Ayah mereka telah hilang semasa misi buruan misterinya. Sam dan Dean mengembara di sepanjang lebuhraya Amerika dengan kereta kesayangan Dean, Chevy Impala 1967 demi mencari ayah mereka yang hilang itu.

Di sepanjang perjalanan tersebut, mereka telah mengharungi pelbagai rintangan seperti pertarungan dengan kuasa halus dan juga konflik sesama sendiri kerana perselisihan faham adik beradik yang tidak pernah berkesudahan.

Akhirnya, ayah mereka berjaya ditemui semasa dia telah hampir kepada syaitan yang dipercayai telah membunuh ibu mereka.

Selepas pertarungan sengit berlaku, syaitan itu berjaya melepaskan diri dan meninggalkan ketiga-tiga lelaki Winchester tersebut dalam keadaan yang teruk.

Namun, misi memburu misteri Winchester tetap diteruskan. Sam dan Dean menjelajah ke seluruh pelusuk negara itu menentang makhluk-makhluk halus yang merbahaya walaupun secara lazim ia hanyalah kepercayaan tahyul semata-mata bagi sesetengah orang.

Pelbagai halangan dan rintangan dilalui oleh kedua beradik ini di sepanjang perjalanan mereka dalam pencarian tersebut.

Antaranya kemalangan yang hampir meragut nyawa mereka serta pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi menyelamatkan diri dan rakan mereka.

Penemuan-penemuan baru tentang kuasa ghaib yang boleh memusnahkan mereka turut menghangatkan lagi siri ini di musim kedua.

Ke mana sahaja mereka pergi, kedua beradik tersebut terus mencari syaitan yang telah memusnahkan keluarga mereka.

Semasa di pertarungan terakhir, syaitan tersebut telah mengatakan yang ia mempunyai rancangan buat Sam dan semua sekutu sepertinya.

Kini, Sam juga harus mencari maksud tersirat disebalik kata-kata tersebut dan menyelesaikan misteri yang melibatkan sejarah diri dan keluarganya di masa lampau.

 


Posted at 11:23 pm by asmakauza
Make a comment  

Next Page