FREE service provided by MusicWebTown.com



<< January 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Thursday, January 17, 2008
wan nor azlin

Kontroversi digugurkan dari drama terbaru David Teo


BENARKAH Wan Nor Azlin sudah meraih kebenaran muncul di layar kaca?


PENERBIT tempatan bebas mengambil dramatis Wan Nor Azlin untuk berlakon di dalam filem mahupun drama mereka tanpa terlebih dahulu merujuk kepada pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Pihak RTM juga tidak pernah memberikan arahan kepada mana-mana stesen televisyen swasta menghalang pelakon berkenaan muncul di saluran mereka.

Demikian yang ditegaskan oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Abdul Rahman Hamid mengenai isu yang membabitkan pelakon kontroversi itu.

Wan Norazlin ialah dramatis yang pernah mengundang kontroversi dengan kisah ‘panasnya’ pada tahun 2003.

Setelah lebih empat tahun menyepi, nama dramatis jelita ini kembali heboh apabila dia dikhabarkan akan membuat kemunculan semula dalam sebuah drama bersiri terbitan Metrowelth International Group (MIG).

Bagaimanapun pada saat-saat akhir, nama pelakon ini terpaksa digugurkan.

KOSMO! difahamkan hal ini berlaku kerana pihak stesen TV3 meminta pihak penerbit supaya mendapatkan surat pelepasan daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menyatakan pelakon itu bebas muncul dalam mana-mana penerbitan.

Menurut Abdul Rahman, pihak RTM tidak pernah mengeluarkan surat rasmi yang menyatakan Wan Nor Azlin dilarang daripada muncul dalam mana-mana rancangan terbitan mereka.

“RTM juga tidak pernah memberikan arahan kepada mana-mana stesen televisyen swasta untuk mengenakan tindakan terhadapnya,’’ jelas beliau dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut beliau lagi, stesen televisyen swasta pula bukan berada di bawah kawalan pihak RTM.

Justeru pihak berkenaan bebas menentukan pilihan pelakon yang tersendiri tanpa perlu mendapatkan kelulusan mahupun perlepasan daripada RTM.

“Jadi tidak timbul persoalan mengapa stesen televisyen swasta perlu merujuk ataupun mendapat surat pelepasan daripada RTM mengenai isu Wan Nor Azlin.’’ katanya lagi.

Dalam perkembangan yang sama juga, menurut Abdul Rahman, tidak ada mana-mana persatuan seni yang datang untuk mengemukakan rayuan bagi menyelesaikan ‘masalah’ yang berkaitan dengan pelakon tersebut.

Sementara itu, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Farisha Pawanteh berkata pihak produksi telah mengemukakan beberapa cadangan nama pelakon untuk membintangi drama slot Samarinda berjudul Intan Asmara termasuk nama Wan Norazlin pada awalnya.

Bagaimanapun setelah perbincangan diadakan dan mengikut kesesuaian watak dalam cerita tersebut, TV3 mencadangkan beberapa nama lain mengikut kehendak pasaran.

Masalah ini timbul apabila artis tersebut (Wan Nor Azlin) telah diberikan skrip dan namanya dicalonkan oleh Metrowealth tanpa merujuk terlebih dahulu dengan Pihak Pengurusan Jenama TV3.

“Sudah menjadi kebiasaannya, setiap penerbit hendaklah terlebih dahulu memaklumkan pihak Pengurusan Jenama TV3 jika terdapat sebarang pertukaran pelakon.

“Ini sememangnya telah dijelaskan kepada setiap penerbit drama ketika perbincangan diadakan dengan pihak TV3. Memandangkan artis tersebut sudah lama tidak berlakon iaitu lebih kurang 10 tahun, kami merasakan yang Aida Radzwil merupakan pilihan yang sesuai untuk mendukung watak tersebut,’’ kata Farisha lagi.

Penerbit David Teo pula mengambil keputusan untuk tidak memperbesarkan isu ini sementelah pula ini merupakan kerjasama pertama syarikatnya dengan pihak TV3.

“Saya tidak ada halangan langsung untuk mengambil Wan Nor Azlin dalam drama yang seterusnya, tetapi perlu ada persetujuan pihak stesen televisyen terlebih dahulu.’’ katanya.

Keadaan ini berbeza sama sekali sekiranya dia mahu mendapatkan khidmat pelakon berkenaan untuk muncul di dalam penerbitan filem.

“Kalau untuk filem, tak jadi apa-apa masalah. Hanya perlukan persetujuan daripada saya sahaja, dia boleh berlakon. Saya faham pihak stesen televisyen tidak mahu mengambil risiko dan mempunyai pasaran tertentu untuk penontonnya,’’ ujarnya lagi yang gembira mendengar khabar bahawa Wan Nor Azlin sebenarnya bebas daripada digam.

Wan Norazlin mula menyepikan diri daripada dunia lakonan semenjak isu kontroversinya pada tahun 2003.

Pelakon tersebut mengambil jalan untuk mendiamkan diri dan tidak terlibat dengan mana-mana produksi sama ada di stesen swasta atau pun di RTM.

Apakah selepas isu ini di jelaskan, peminat drama tanah air berpeluang menyaksikan semula lakonan Wan Nor Azlin di kaca televisyen? Tunggu dan lihat.

 

Posted at 02:42 am by asmakauza
Make a comment  

Next Page