Info TV: Peserta Akademi Nasyid di TV9 mula bertanding Malam ini
TV9 memperuntukkan RM1 juta bagi merealisasikan program realiti Akademi Nasyid. Sebanyak RM100,000 daripada jumlah itu dikhaskan sebagai hadiah utama kepada seorang daripada 12 peserta yang bakal bertanding di peringkat akhir selaing peluang merakamkan album.
Program realiti pertama yang mengangkat lagu ketuhanan ini bakal menemui penonton di TV9 apabila misi pencarian 12 finalis terbaik sudah ditemui selepas berhempas pulas ke serata negeri dalam sesi uji bakat
Misi program realiti Akademi Nasyid ini juga adalah untuk melahirkan penyanyi atau artis nasyid berkaliber dan menaikkan taraf muzik ini setaraf dengan muzik sedia ada.
"Kebanyakan peserta yang menyertai uji bakat program ini sudah bersedia sehingga menyukarkan juri memilih kumpulan atau solo terbaik. Ini adalah rancangan realiti muzikal nasyid yang tidak pernah diterbitkan oleh mana-mana stesen televisyen lain di Malaysia,"
Diantara para peserta yang akan berentap malam ini adalah seperti berikut
1) Ana (Pulau Pinang)
2) Eda Fadilah (Ipoh)
3) Kumpulan Sofieya (Kuala Lumpur)
4) In Heart (Kuala Lumpur)
5) Muslim Voice
6) Voice of Men
7) D Vision
8) Cicik
9) Aiman
10) Syah
11) Farhan
12) Azhan
tenaga pengajar:
1) Ustaz Asri Rabbani (Penasihat)
2) Yasin Sulaiman (Pengarah Muzik)
Posted at 11:28 pm by asmakauza
Permalink